Papar Peta
Muzium Padi merupakan muzium seumpamanya yang pertama dibina Malaysia, dan muzium keempat dibuka di dunia selepas negara Jepun, Jerman dan Filipina.

Seni bina unik Muzium Padi mewakili tangkai beras yang dituai. Motif beras diulang menerusi ukiran bangunan, pemegang tangga, pintu pagar muzium dan pagar.

Muzium ini mempamerkan proses penanaman padi di Malaysia dan pelbagai peralatan yang telah digunakan selama ini. Sejarah penanaman padi di Malaysia dapat disaksikan melalui lukisan mural yang dihasilkan oleh 60 orang pelukis dari Korea Utara.

Mengangkat martabat sejarah, budaya dan kepentingan penanaman padi di Kedah, muzium ini dibina bagi memperingati para pesawah yang bekerja keras membanting tulang bagi memastikan bekalan beras mencukupi di negara ini.

Panduan Perjalanan

Menaiki Kereta
Dari Lebuh Utara-Selatan, masuk ke Persimpangan Alor Setar Utara dan pandu mengikut papan tanda menghala ke Muzium Padi.

Sila Hubungi

Muzium Padi

Telefon: +604-735 1315

Lembaga Muzium Negeri Kedah (Kedah Museum Board)

Telefon: +604-733 1162

Lembaga Muzium Negeri Kedah (Kedah Museum Board)

Telefon: +604-733 1162

Related Brochure

View all brochure