Papar Peta
Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum yang terletak 83 km ke barat daya Lahad Datu kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna. Hutan cantik ini menjadi habitat bagi Badak Sumatera, orang utan, ungka, pelanduk dan harimau akar. Lebih kurang 270 spesis burung telah direkodkan di kawasan ini. Pusat Kajian Lapangan Danum terletak di dalam kawasan hutan simpan seluas 440 kaki persegi.

Ia turut menjadi salah sebuah eko-resort pertama di Sabah yang dikenali sebagai Borneo Rainforest Lodge. Resort ini memiliki restoran, bar dan chalet yang selesa mengadap Sungai Danum. Antara aktivit yang ditawarkan adalah berjalan dalam hutan, berenang di sungai, memerhati burung, lawatan hutan waktu malam dan melawat hutan balak dan kilang balak berhampiran.

Panduan Perjalanan

Menaiki Kereta atau Pacuan 4 Roda
Perjalanan dari Lahad Datu mengmbil masa dua jam melalui jalan utama Lahad Datu-Tawau selama 15 minit. Perjalanan selanjutnya melalui laluan balak tidak berturap tetapi dijaga dengan baik.

Sila Hubungi

Pejabat Pelancongan Sabah

Telefon: +6088-248 698 / 211
Layari Laman Web

Related Brochure

View all brochure