Tarikan Berdekatan

Pusat Hidupan Liar Matang terletak di Taman Negara Kubah, kira-kira 35km dari Kuching. Kawasan hutan hujan yang luas ini adalah rumah bagi hidupan liar yang terancam. Di sini terdapat program latihan yang mengajar Orang Utan, yang telah kematian ibu bapa atau yang telah diselamatkan daripada dalam kurungan, untuk terus hidup di hutan. Pelawat boleh melihat banyak Orang Utan di sini, terutamanya ketika waktu makan. Selain primat yang menarik ini, ada juga beruang, rusa sambar, musang serta tiga ruangan besar yang menempatkan Helang Laut, burung Kenyalang dan burung lain di Sarawak.

Anda juga boleh berjalan di dalam hutan kerana terdapat empat denai hutan di sini, Denai Pitcher (mengambil masa 2 jam), Denai Sungai Rayu (lebih kurang 3-4 jam), Denai Sungai Senduk (lebih kurang 1 jam) dan denai Sungai Buluh (lebih kurang 2 jam). Tapak perkemahan, pusat informasi, kemudahan penginapan, tempat meletak kereta dan sebuah kantin kecil terdapat di tapak HQ.

Panduan Perjalanan

Menaiki Bas atau Teksi
Pusat Hidupan Liar Matang terletak 30 minit dari bandar Kuching dan ia mengambil masa kira-kira 40 minit untuk sampai ke Pusat ini. Anda digalakkan untuk menyewa teksi kerana tiada bas biasa yang pergi terus ke sana. Atau, anda boleh menghubungi agensi pelancongan yang menawarkan pakej lawatan.

Sila Hubungi

Pejabat Pelancongan Sarawark

Telefon: +6082-246 575 / 775
Layari Laman Web: mtpbkch@tourism.gov.my

Related Brochure

View all brochure