Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) dibina di atas pelantar terapung, memberikannya sebuah pemandangan unik dari semua aspek.

Ia terletak di atas muara Sungai Terengganu dan seni bina modennya merupakan idea seorang putera Terengganu.

Masjid putih berkilau ini menggabungkan seni bina moden dan Moorish, simbolik kepada modenisasi baru di negeri ini, menjadikannya ikon Islam di negara ini.

Reka bentuk masjid mempamerkan pengaruh Islam digabungkan dengan ciri-ciri tempatan, menggunakan marmar, seramik, mozek dan batu turap bomanit.

Masjid ini, telah dibina dengan idea dari inspirasi mantan Sultan Terengganu, Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Masjid yang indah ini telah dinamakan sempena bondanya, Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja.

Keindahan seni bina masjid ini dikelilingi oleh tasik, kelihatan sungguh menawan seperti istana dalam kisah 1,001 Malam.

Ketenangan masjid ini diserlahkan lagi dengan adanya Laut Cina Selatan, menjadikannya tarikan pelancong yang menarik dan unik di Terengganu.

Panduan Perjalanan

Menaiki Bas atau Memandu
Masjid ini terletak di Jalan Sultan Mahmud, kira-kira 4km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Dari bandar Terengganu, pergi ke Marang atau Kuantan di selatan dengan menaiki bas tempatan atau memandu.

Selepas kira-kira 6 hingga 8 km perjalanan dari pusat bandar, anda akan nampak Masjid berada di sebelah kiri jalan.

Sila Hubungi

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Maklumat Pelancong Terengganu

Telefon : +609-622 1553
Faks : +609-622 1957

Related Brochure

View all brochure