Papar Peta
Kota Johor Lama merupakan tapak perang sengit antara penduduk Melayu tempatan dan kuasa penjajah luar.

Ia telah dibina pada tahun 1540 semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528-1564). Kota ini merupakan pertahanan terbaik yang dibina di sepanjang Sungai Johor pada masa itu.

Selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511, Sungai Johor menjadi pusat pentadbiran dan kota pertahanan untuk serangan balas kedudukan Portugis di Melaka.

Persekitaran semula jadi kota ini menjadikannya mudah untuk menyelia pergerakan kapal-kapal terutamanya ancaman daripada orang Aceh dan Portugis.

Pada tahun 1587, kota ini jatuh ke tangan Portugis. Seluruh kota telah terbakar dan semua aset termasuk senjata telah dirampas.

Panduan Perjalanan

Menaiki Kereta
Kota Johor Lama terletak kira-kira 27km dari pekan Kota Tinggi, di Teluk Sengat. Johor Lama boleh dituju dari Lebuh Raya Utara Selatan (NSE) melalui persimpangan Kulai (Pertukaran 252), menuju jalan utama Johor Bahru-Kota Tinggi (Lebuh Raya 94 dan 3) dan terus ke arah Desaru (Lebuh Raya 92). Laluan ini terletak kira-kira 77km dari NSE.

Sila Hubungi

Tourism Malaysia Johor

Alamat:
L3-26 Aras 3, Bangunan JOTIC, 2 Jalan Ayer Molek, Johor Bahru 80000, Johor

Telefona: +607-222 3590/3591
Faks: +607-223 5502

Related Brochure

View all brochure