Nelayan yang tinggal di pantai timur menggunakan beberapa teknik lama untuk menangkap ikan. Ada yang merujuk kepada bulan sementara yang lain melihat kaki langit untuk menyaksikan perubahan udara.

Untuk mengetahi lebih banyak kepercayaan tahyul dan lain-lain kisah menarik penduduk tepi laut dan cara menangkap ikan yang digunakan, lawati muzium nelayan yang unik ini.

Terletak di utara Desaru, Muzium Nelayan Tanjung Balau dibangunkan oleh Lembaga Pembangunan Johor Selatan (KEJORA). Ia sebahagian daripada projek pembangunan di perkampungan nelayan Tanjung Balau.

Terdapat banyak artifak dipamerkan termasuk jaring ikan dan takal, dengan replika autentik yang digunakan.

Terdapat juga bot tradisional yang dihias, rakit dan buritan yang digunakan nelayan tempatan.

Panduan Perjalanan

Menaiki Kereta
Dari Lebuh raya Utara-Selatan (NSE), keluar ke Kulai (Persimpangan 252) menuju ke jalan utama ke Kota Tinggi (Lebuh 94 dan 3). Tanjung Balau terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari pusat bandar Kota Tinggi.


Menaiki Bas
Terdapat banyak bas dari Terminal Bas Johor Bahru Larkin (di Jalan Garuda) ke Terminal Bas Kota Tinggidi Jalan Niaga Utama.

Sila Hubungi

Pelancongan Malaysia Johor

Alamat :
L3-26 Aras 3, Bangunan JOTIC, 2 Jalan Ayer Molek, Johor Bahru 80000, Johor, Malaysia

Telefon : +607-222 3590/3591
Faks : +607-223 5502 
E-mel : mtpbjhb@tourism.gov.my

Related Brochure

View all brochure