Papar Peta
Terletak di puncak barat Langkawi, Pulau Beras Basah menawarkan percutian yang menenangkan dengan pantai bersih dan hutan hijau yang indah.

Pengunjung ke pulau ini selalunya datang mengikut lawatan 4 jam ke pulau, yang termasuk Pulau Singa Besar dan Pulau Dayang Bunting. Hampir semua agensi pelancongan di Langkawi boleh membantu anda untuk menguruskan lawatan ke pulau.

Oleh kerana pulau-pulau ini tidak dikomersialkan, tidak banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sini. Oleh itu, ambil masa untuk berehat atau membaca buku, berjemur, atau berenang di dalam air biru yang jernih.

Panduan Perjalanan

Menaiki Kereta dan Bot
Anda pergi ke Pantai Cenang dan ada bot-bot menanti untuk membawa anda ke sana. Perkhidmatan bot turut beroperasi dari lokasi lain termasuk Resrot Awana Porto Malai.

Sila Hubungi

Pusat Maklumat Pelancong Langkawi

Telefon: +604-966 7789

Pusat Maklumat Pelancong Lapangan Terbang Padang Mat Sirat

Telefon: +604-955 7155

Related Brochure

View all brochure