Papar Peta
Penyelidikan dan ekskavasi arkeologi di tapak baru di Sungai Batu, Lembah Bujang bermula pada Februari 2009. Tapak arkeologi Sungai Batu merupakan kompleks ketamadunan Lembah Bujang kerana meliputi kawasan yang luas, melebihi 3 km² dengan lebih 90 perbukitan kecil berpotensi. Kedudukannya di tepi aliran Sungai Batu dan cawangannya memberikan keunikan tersendiri dimana sistem pengaliran anak sungai yang menunjukkan seolah-olah setiap permatang terpisah menjadi seperti pulau-pulau.Justeru itu, lokasi Sungai Batu ini adalah amat strategik untuk menjalankan aktiviti perdagangan dan pertahanan. Tapak ini berada lebih kurang dari 10 km dari Sungai Petani dan 80 km dari Alor setar. Terletak dalam ladang kelapa sawit berdekatan dengan jalan raya Merbok- Semeling.

Panduan Perjalanan

Melalui Darat
Gunakan lebuh raya Utara –Selatan PLUS. Jika anda memandu dari Kuala Lumpur, ikut jalan menuju utara ke Kedah. Jika anda memandu dari Perlis atau Alor Setar, ikut arah ke selatan. Tapak ini berada lebih kurang dari 10 km dari Sungai Petani dan 80 km dari Alor setar. Terletak dalam ladang kelapa sawit berdekatan dengan jalan raya Merbok- Semeling.

Sila Hubungi

Archaeological Global Research Centre (PPAG)

Telefon: +04-6533888/3357
Faks: +04-6573546

Jabatan Warisan Negara Zon Utara

Telefon:+04-7353643
Faks:+04-7353649

Related Brochure

View all brochure