Masjid Negara ADD TO TRIP PLANNER REMOVE FROM TRIP PLANNER Kubah utama Masjid Negara direka dengan bentuk bintang berbucu 18 yang melambangkan 13 buah negeri dalam Malaysia dan lima prinsip Rukun Islam. Ia kelihatan seperti bumbung payung dengan sedikit bukaan yang mewakili simbol aspirasi dan negara merdeka. Sebagai salah sebuah masjid terbesar di Asia Tenggara, senibina berciri moden dan unik merangkumi gabungan kesenian tradisional Islam, kaligrafi dan perhiasan. Masjid Negara terletak bersebelahan dengan bangunan stesen kereta api lama yang berukir cantik dan mengambil masa singkat untuk sampai ke Taman Tasik dan Tugu Negara. Jika anda masih bertenaga, apa kata anda berjalan kaki sambil melawat tempat-tempat menarik ini. Panduan Perjalanan Menaiki TeksiTugu Negara terletak berdekatan dengan Taman Tasik dan bersebelahan dengan Jalan Parlimen. Sila Hubungi Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) Alamat:109 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia Telefon: 1 300 88 5050 Faks: +603-2162 1149 E-mel: enquiries@tourism.gov.my Related Brochure View all brochure