Zoo Negara ADD TO TRIP PLANNER REMOVE FROM TRIP PLANNER Zoo Negara (National Zoo) telah dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri yang pertama di negara ini, Tunku Abdul Rahman pada 14 November, 1963. Pada masa itu, kadar masuk adalah 50 sen untuk orang dewasa dan 20 sen untuk kanak-kanak. Di antara tarikan di zoo termasuklah akuarium negara yang dibuka pada tahun 1972 dan pada tahun 1984 ia dinamakan semula sebagai akuarium Tunku Abdul Rahman, rumah Burung, Rumah Reptilia, Pusat Monyet, Laluan Savanah, dan Kerajaan Mamalia. Terdapat lebih 5137 haiwan daripada 459 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Zoo Negara merangkumi 110 ekar tanah yang terletak 5km sahaja dari bandar Kuala Lumpur. Bersiar-siar di sekitar zoo atau naik kereta api, dan jangan ketinggalan daya tarikan utama ini! Panduan Perjalanan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT)Turun di Stesen Wangsa Maju, Kelana Jaya Line. Naik teksi ke Zoo Negara.Menaiki BasMetrobus nombor 16 dari Pasar Seni, Kuala Lumpur. Sila Hubungi Zoo Negara Malaysia Alamat:Zoo Negara Malaysia Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan. Malaysia. Telefon: +603-4108 3422 Faks: +603-4107 5375/2070 Layari Laman Web Related Brochure View all brochure