Papar Peta
Syurga bagi pengumpul dan penggemar barangan antik dengan pelbagai pilihan yang terbaik di Malaysia. Pengunjung pasti terpegun dengan artifak dan peninggalan yang tulen, di mana ada beberapa yang wujud sejak 300 tahun dahulu, boleh didapati dengan pelbagai koleksi menarik, masing-masing mempunyai sejarah dan misteri yang tersendiri.

Jalan Hang Jebat, dahulunya dikenali sebagai Jonker Street, dikenali di seluruh dunia di kalangan pengumpul antik sebagai salah satu tempat terbaik untuk mencari dan tawar-menawar barangan antik .

Kebelakangan ini, banyak terdapat kafe dan kedai barangan kraf yang tumbuh bagai cendawan di sekitar Jonker Street, menjadikan kawasan tersebut dipenuhi suasana budaya lama bertemu baru.

Panduan Perjalanan

Berjalan Kaki atau Menaiki Teksi
Kedudukan Jonker Street yang strategik dan terletak di pusat bandar, menjadikan tempat ini mudah dikunjungi.br>

Sila Hubungi

Tourism Malaysia Melaka Office

Telefon: +606-288 3304/ 1549




Jonker Walk Committee

Telefon: +606-284 8282

Related Brochure

View all brochure