Papar Peta
Batu Ferringhi yang terletak di sepanjang laluan tepi pantai barat laut Georgetown dengan deretan resort bertaraf antarabangsa merupakan pantai yang popular di Pulau Pinang.

Berjemur di bawah matahari atau menikmati tiupan bayu sementara anda mencuba aktiviti seperti meluncur angin hingga berkayak. Untuk aktiviti lebih mencabar, apa kata anda cuba aktiviti "parasailing" sambil menikmati keindahan pemandangan pantai dari atas.

Apabila malam melabuhkan tirai, suasana malam di Batu Ferringhi menjadi meriah dengan bazar-bazar yang menjual pelbagai barangan perhiasan hingga barangan cenderahati menarik.

Saksikan artisan tempatan mendemonstrasi pembuatan kraf yang rumit serta melukis batik. Dikenali dengan nama Feringghi Walk, bazar- bazar di sini menjual pelbagai barangan yang menarik untuk pengunjung.

Panduan Perjalanan

Teksi
Pilihan terbaik untuk ke Georgetown dari Batu Ferringhi dan kembali semula ialah dengan teksi. Bas jarang melalui laluan tersebut dan cuaca terlalu panas jika anda ingin berbasikal.

Sila Hubungi

Penang Tourist Information Centre

Telefon: +604-264 3494/263 4941
Faks: +604-262 3688
E-mel: mtpbpen@tourism.gov.my

Related Brochure

View all brochure