Papar Peta
Masjid Kapitan Keling didirikan oleh tentera dari Syarikat Hindia Timur yang menjadi antara penduduk India Muslim terawal di Pulau Pinang dalam penghujung tahun 1700. Beberapa tahun kemudian, komuniti India Muslim bertambah, menyebabkan mereka memerlukan masjid yang lebih besar. Dalam tahun 1801, komuniti yang diketuai oleh Cauder Mydin Merican atau turut digelar 'Kapitan Keling', dianugerahkan tanah seluas 18 ekar. Masjid satu tingkat yang diperbuat daripada batu ini telah menjalani beberapa kerja baikpulih.

Dikelilingi dinding rendah, masjid berwarna putih ini dihiasi dengan kubah kuning bergaya Moghul serta kubah-kubah kecil. Madrassah (tempat kelas agama diadakan) turut disediakan di dalam kawasan masjid. Menara tinggi yang pernah digunakan oleh bilal untuk melaungkan azan, terletak di penjuru Jalan Buckingham dan Jalan Pitt.

Panduan Perjalanan

Berjalan Kaki atau Menaiki Teksi
Masjid Kapitan Keling Mosque terletak di Jalan Masjid Kapitan Kling (Lebuh Pitt) di antara Lebuh Chulia dan Jalan Buckingham.

Sila Hubungi

Penang Tourist Information Centre

Telefon : +604-264 3494/263 4941
Faks : +604-262 3688
E-mel : mtpbpen@tourism.gov.my

Related Brochure

View all brochure