Papar Peta

Lenggong Archaeological Museum, Lenggong

Muzium Arkeologi Lenggong atau Muzium arkeologi Kota Tampan terletak di Kota Tampan berhampiran bandar Lengong. Ia merupakan tapak prasejarah bertarikh 74,000 tahun dahulu.

Bandar Lenggong terletak sekitar 100 kilometer ke utara Ipoh melalui jalan Kuala Kangsar ke Grik. Ia merupakan tapak penempatan aktiviti manusia tertua di Semenanjung. Muzium Arkeologi Lenggong ini turut mempamerkan Orang Perak, penduduk Semenanjung Malaysia tertua dijumpai di dalam gua di kawasan yang dipamirkan di situ. Rangka ini bertarikh antara 10-11,000 tahun silam, merupakan manusia Zaman Batu, dari tempoh Paleolitik.

Muzium Arkeologi Lenggong terletak berhampiran dengan Hutan Lipur Lata Kekabu , hanya 2 km di laluan yang sama.

Panduan Perjalanan

Melalui Darat
Lenggong terletak di Route 76, yang menghubungkan Kuala Kangsar dengan Baling. Ikut laluan lebuhraya Utara- Selatan (E1) dan ambil susur keluar di Kuala Kangsar (Exit 143). Ambil laluan Route 76 ke arah Baling. Muzium Arkeologi Lenggong atau Muzium Arkeologi Kota Tampan terletak di sini. Ia berhampiran bandar Lenggong.

Sila Hubungi

Jabatan Warisan Negara Zon Tengah

Zuraini bt Zamri
Telefon: +6019-567 2455

Muzium Arkeologi Lenggong
Telefon: +605-7679700
Faks: +605-7679703

Pusat Informasi Pelancongan Hentian R&R Raja Muda Nazrin, Tasik Raban Lenggong
Telefon: +605-7512350

Related Brochure

View all brochure