Lagu Tema Cuti-Cuti Malaysia

 
 
 

 



Keterujaan para pelancong dalam negara untuk melakukan aktiviti melancong setelah melalui 2 tahun yang penuh cabaran disebabkan oleh pandemik memberi inspirasi untuk pengkaryaan lagu tema Cuti-Cuti Malaysia Versi ke-2.  Persembahan “genre” muzik berirama Pop Etnik dengan kombinasi “world music, hip hop dan EDM (Electronic Dance Music) memberi satu perspektif baru untuk menyampaikan mesej menerusi lagu tema ini.  

Klip video yang dihasilkan juga membawakan kompilasi pemandangan yang menjadikan negara ini destinasi percutian yang tidak dapat dinafikan untuk semua peringkat umur.  Ia memaparkan tarikan terbaik negara, daripada kepelbagaian budaya, pantainya yang menakjubkan, alam semula jadi yang mengagumkan.  

Lagu tema Cuti-Cuti Malaysia Versi ke-2 berjudul “Menemui Semula” membawa para penonton merasai pengalaman dan pengembaraan yang menarik dan unik – baik percutian bersama rakan-rakan dan keluarga, mahupun  bersiar-siar menikmati keindahan dan keajaiban produk pelancongan dalam  negara. Inilah intipati pesona Malaysia; ringkas tetapi pelbagai, moden kaya dengan tradisi dan pengalaman yang berwarna warni.

 

Muat turun Video Muzik

Muat turun Audio (BM)

Muat turun Audio (ENG)

Muat turun Lirik Lagu