Arts & Culture
Entertainment

Festival Permainan Malaysia@Kuala Lumpur

23 Sep 2022 - 25 Sep 2022

Dataran Merdeka meriah lagi dengan 📌Festival Permainan Malaysia@Kuala Lumpur 2022 !!!

Meriahkan hujung minggu anda bersama keluarga tercinta, sahabat handai dengan menyertai pelbagai aktiviti menarik dan menggamit nostalgia di Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur pada 23-25 September 2022 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

FPM 2022 pastinya mengimbau kembali keseronokan zaman kanak-kanak anda dengan 20 jenis permainan Tradisional dan sukan rakyat disediakan. Antaranya permainan Galah Panjang, Terompah Gergasi, Gasing, Memanah, Dam Haji, kelereng, kaki hantu, lari dalam Guni, tarik upih, baling selipar, teng teng dan banyak lagi !!!!

Bukan itu sahaja, terdapat juga pertandingan - pertandingan yang boleh anda sertai seperti Pertandingan Tarik Tali, Pertandingan yoyo dan Diabolo, Pertandingan Kabaddi, Pertandingan Tarian Kreasi Teng Teng dan Pertandingan Busana Kitar Semula.

Aktiviti menarik yang juga ada iaitu pameran agensi, bazar selebriti, pelbagai pilihan makanan Food Truck, larian keluarga Malaysia, KL Cultural Fun Run, Fun Run Ride, Pocket Bike Terbuka, Pasar Basikal dan banyak lagi !!!

Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Hubungi 03-20726431 Maklumat lanjut dan sama- sama alami kemeriahan FPM@KL 2022.

JUMPA ANDA DI DATARAN MERDEKA❗️AYUH SEMUA KELUARGA MALAYSIA 😘

#FPM@KL 2022
#FestivalPermainanMalaysia
#jkkn
#jkknwpkl
#Semarakkansenibudaya
#MOTAC

Event Info
Venue Dataran Merdeka
Organiser Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, WP Kuala Lumpur
Contact 03-2072 6431
Website https://www.jkkn.gov ...