Kota Kuala Kedah adalah satu-satunya kota bersejarah yang dibina oleh orang Melayu (lain-lain kota sejarah dibina penjajah) di era pemerintahan Sultan Sulaiman Shah II iaitu Sultan Kedah ke-12 (1602-1626) juga berfungsi sebagai benteng pertahanan laut ketika itu. Kota Kuala Kedah masih wujud sehingga kini dalam keadaan hampir sempurna dan menyimpan pelbagai sejarah penting Negeri Kedah.
Kota ini menyaksikan beberapa siri peperangan mempertahankan Kota Kuala Kedah dari serangan musuh. Ribuan syuhada pahlawan Kedah yang terdiri daripada raja dan rakyat telah gugur mempertahankan Kota Kuala Kedah. Selain daripada itu, Kota Kuala Kedah juga berfungsi sebagai pusat perhubungan, pertukaran dagangan dan pusat pendidikan.
Merupakan program yang mengangkat Kota Kuala Kedah sebagai sebuah kota bersejarah yang diperlihatkan dari aspek teknologi, hubungan pentadbiran dan diplomatic, kepahlawanan dan peristiwa perjuangan.. Selain itu ianya juga melihat kepada usaha jangka Panjang dalam pemuliharaan dan pemeliharaan Kota Kuala Kedah.
Program ini merupakan salah satu program di bawah Dasar Kebudayaan Negara ( DAKEN ) yang mana pengisian yang berkaitan dengan sejarah, kebudayaan dan warisan masyarakat setempat. Seterusnya diharap program ini dapat menjadi pencetus kepada ekonomi masyarakat setempat melalui kedatangan pelancong yang lebih ramai.dan mempromosikan Kota Kuala Kedah sebagai pusat pelancongan selari dengan slogan “Coming Back Stronger“ oleh pihak MOTAC untuk menarik pelawat berkonsepkan “Aspirasi Keluarga Malaysia“.