Arts & Culture

Pameran solo “The Saltiness of The Ocean”- Dr.Zaimie Sahibil

27 Jul 2022 - 24 Aug 2022

Azman Hashim UMS Gallery sedang mengadakan Pameran Solo dengan kerjasama Dr. Zaimie Sahibil iaitu Pensyarah Kanan di ASTiF, UMS yang bertempat di ruang pameran Kaamatan, Azman Hashim UMS Gallery.

Pameran ini diadakan bermula pada 24 Jun hingga 24 Ogos 2022 yang bertemakan The “Saltiness Of The Ocean” dengan mempamerkan 53 karya terbaik lukisan beliau.

Karya yang dihasilkan oleh Dr.Zaimie ini adalah untuk  menceritakan kepada umum mengenai perjalanan kisah hidupnya. Menurut beliau, “hanya nelayan yang benar-benar tahu bahawa hakikat 'permainan' dengan lautan, tentang suka-dukanya, tentang kepayahan dan tentang pahit getir golongan nelayan dalam menjalani kehidupan”.

Kepada semua pengunjung yang ingin melihat sendiri pameran ini boleh berkunjung ke Azman Hashim UMS Gallery yang dibuka pada hari Isnin sehingga hari Khamis bermula 9 pagi sehingga 4 petang.


Azman Hashim UMS Gallery (GAH-UMS), 
No.33, Samudera Drive, 
Universiti Malaysia Sabah, 
Jalan UMS, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
Event Info
Venue Azman hashim Ums gallery
Organiser GAH-UMS
Contact 088320000
Fax 088329231